Produk

Wasiat Islam

Adalah ikrar seseorang yang dilakukan ketika hayatnya berkenaan harta atau kepentingannya, untuk dilaksanakan bagi tujuan amal atau tujuan lain yang dibenarkan oleh undang-undang Islam selepas kematiannya.

Ia adalah dokumen yang sah dari segi undang-undang yang mengandungi pengisytiharan hasrat anda untuk orang yang tersayang dan cara pengagihan harta anda setelah anda meninggal dunia.

Bagi seseorang Islam untuk menulis wasiat dan mewasiatkan sepertiga (1/3) hartanya kepada orang tersayang sama ada beragama Islam atau tidak, atau kepada badan kebajikan selagi ia dilakukan mengikut hukum Syarak.

 

Wasiat Konvensional (Bukan Islam)

Wasiat Konvensional adalah dokumen pengisytiharan (Wasiat Pusaka) yang membenarkan seseorang individu untuk melantik Wasi, Pentadbir dan Pemegang Amanah (termasuk Perjanjian Amanah) untuk mentadbir dan mengagihkan harta dan asetnya kepada benefisiari setelah dia meninggal dunia, dan tertakluk kepada Akta Wasiat 1959.

 

Hibah (hAMANAH)

Hibah ialah memberi milik tanpa balasan harta yang dipunyai oleh Penghibah ketika masih hidup secara sukarela. Suatu akad /kontrak pemberian milikan harta seseorang kepada seseorang yang lain, semasa hidupnya secara sukarela tanpa mengharapkan balasan.

 

Hibah Saham Koperasi KHAS (sAMANAH)

MAAB menjalinkan kerjasama dengan Koperasi yang berminat bagi menawarkan satu instrumen Perancangan Harta Pusaka bagi Saham Koperasi yang berlandaskan Syariah yang mana menerapkan konsep Hibah dan Amanah berbanding konsep Penamaan sebelum ini.

Hibah Amanah Saham Koperasi yang ditawarkan MAAB, yang mana pemilik saham/Penghibah akan menghibahkan saham koperasinya kepada Penerima Hibah dan akan dipindah milik kepada Penerima Hibah selepas kematian Penghibah. Walaubagaimanapun jalinan kerjasama ini memerlukan pihak koperasi untuk menyemak dan meminda Undang-undang Kecil Koperasi bagi perlaksanaan Hibah ini jika perlu.

Walaupun Wasiat (Islam & Bukan Islam) mungkin dianggap sebagai sesuatu kebiasaan oleh sesetengah pihak, pilihan wasi adalah jelas satu perkara lain yang memerlukan pertimbangan teliti.

Wasi adalah seseorang yang dilantik di dalam wasiat untuk melaksanakan kehendak dan arahan pewasiat. Bagaimanapun, sebagai seorang individu, wasi mungkin jatuh sakit, meninggal atau mengambil keputusan untuk tidak melakukan apa-apa. Oleh itu, untuk memastikan kesinambungan pentadbiran ke atas semua pewaris/benefisiari, lebih baik melantik sesebuah syarikat atau institusi sebagai Wasi daripada orang perseorangan. Pelantikan wasi yang professional dan berpengalaman adalah penting untuk mengelakkan Risiko Pusaka di masa hadapan.

MAAB yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah 1949, terikat untuk mematuhi peruntukan undang-undang yang ketat yang telah diperuntukkan untuk melindungi benefisiari di bawah naungannya. Ia mempunyai gantian kekal dan tidak perlu mengemukakan penjamin untuk bertindak sebagai Wasi atau Wasi Gantian anda.

  • Amanah Takaful/ Amanah Insurans

Kaedah terbaik untuk memastikan pampasan takaful/ insurans diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan dengan membuat Amanah Takaful/ Amanah Insurans, di mana pemegang polisi akan melantik MYANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) sebagai Pemegang Amanah untuk pampasan takafu/ insurans yang diperolehi untuk diagihkan dan diuruskan kepada penerima/benefisiari yang diinginkan sepertimana arahan/terma Surat Ikatan Amanah yang dipersetujui.

 

  • Amanah Tunai

MYANGKASA AMANAH menawarkan dua jenis Amanah Tunai iaitu :-

1. Individu

Dapat menyediakan sumber kewangan/pendapatan segera kepada benefisiari selepas kematian penderma sementara menunggu pusaka penderma selesai diurus dan diagihkan sepertimana tertakluk kepada undang-undang atau penderma hendak mengagihkan Dana/Modal Amanah untuk tujuan dan hasrat tertentu kepada penerima/benefisiari.

 

2. Korporat

Amanah yang diterima daripada Institusi/perbadanan/agensi kerajaan/ yayasan/ kelab/ syarikat/ persatuan/ badan korporat atau koperasi yang menyediakan tabung amanah untuk dana/modal amanah diagihkan kepada penerima/benefisiari untuk tujuan dan hasrat tertentu penderma korporat.

 

Hubungi Kami

Alamat Pejabat

MyAngkasa Amanah Berhad (1078340-H)
C-504, Block C
Glomac Business Centre
Jalan SS 6/1, Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

E-mel

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

No. Telefon

Tel: 03-7887 5600 / 4300
Fax : 03-7887 2300

Maklumbalas

Jumlah Pengunjung

000314743