Biodata

Biodata

PENGERUSI / AHLI LEMBAGA PENGARAH

YBHG. DATUK HJ. MOHAMAD ALI BIN HASAN

Datuk Haji Mohamad Ali bin Hasan telah dilantik sebagai Naib Presiden dan Ahli Lembaga ANGKASA sejak tahun 1999 hingga kini. Beliau pernah diberi kepercayaan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk ANGKASA merangkumi Jawatankuasa Kewangan, BPA, Jawatankuasa Pengurusan & Pembangunan Syariah serta Jawatankuasa Sumber Manusia. Pada masa ini, beliau dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Tadbir Urus dan Pentadbiran ANGKASA yang merangkumi Bahagian Sekretariat, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan Aset serta Bahagian Teknologi Maklumat.



Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Ad-Hoc Penulisan Biografi Korporat ANGKASA dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Perhubungan Strategik ANGKASA. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat ANGKASA seperti MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. dan sehingga kini masih berkhidmat sebagai Ahli serta Pengerusi MyANGKASA Amanah Berhad, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Infaq ANGKASA. Terbaharu, beliau turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penyelidikan ANGKASA.


Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (B.Sc) dari Universiti Malaya, Sarjana Falsafah dari University of Ulster, Coleraine, Ireland Utara dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Penyelidikan) dalam bidang Hidrogeologi dari University of Lancaster, England. Beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor Madya dan Ketua Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya dari tahun 1978 hingga 2006. Sepanjang tempoh tersebut, beliau aktif dalam gerakan koperasi dan pernah dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Kedaibuku Universiti Malaya Berhad (KKUM) serta Pengerusi Gabungan Koperasi Universiti Berhad (GAKUB).


Sebagai Ketua dan Profesor Madya Jabatan Geologi Universiti Malaya, beliau aktif menyertai serta menerbitkan penulisan berkaitan isu alam sekitar di peringkat antarabangsa dan tempatan sama ada melalui media cetak mahupun elektronik.Beliau juga pernah dan masih terlibat dalam beberapa jawatankuasa di peringkat kementerian di Malaysia seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan isu disiplin, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat dan Penyelarasan Program Kesihatan Reproduktif (ACCRH), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).Di peringkat antarabangsa, beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Jawatankuasa ICA bagi Koperasi Universiti/Kampus Asia dan Pasifik (1995–2014), Naib Presiden Jawatankuasa ICA bagi Koperasi Pengguna Asia dan Pasifik (1995–2013).


Kini, beliau terus dilantik sebagai Ahli Lembaga ICA Global Cooperative Housing International (2015 hingga kini). Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Transparency International Malaysia dari tahun 2006 hingga 2014 serta mewakili negara di World Congress Anti-Corruption Assembly di Guatemala pada akhir tahun 2006 dan di peringkat Asia Tenggara pada Julai 2007 di Bangkok, Thailand.Antara jawatan utama lain yang pernah disandang beliau dalam gerakan koperasi termasuklah sebagai Timbalan Pengerusi Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ), Pengerusi Koperasi Buku Malaysia Berhad, Pengerusi Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (ImCoop) dan Pengerusi Koperasi JAM’IYAH Niaga Selangor dan Wilayah Persekutuan Berhad (Koperasi JNiaga).


Di peringkat antarabangsa, beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Lembaga ICA Global Cooperative Housing International dan Pemegang Jawatan Jawatankuasa Penyelidikan ICA-AP (dilantik pada 24 November 2025 semasa Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa ICA-AP di Colombo, Sri Lanka).Antara anugerah yang pernah diterima beliau ialah Anugerah Peserta Terbaik dari Maktab Koperasi Malaysia (1995) yang kini dikenali sebagai IKMa, Anugerah Tokoh Koperasi Kebangsaan (2001), Anugerah Tokoh Koperasi Johor (2005), Anugerah Tokoh Koperasi Wilayah Persekutuan (2005), Anugerah Kepimpinan Koperasi Kebangsaan (2007) serta Anugerah Tokoh Koperasi Terbaik Negeri Johor (2016). Terbaharu, beliau telah menerima Anugerah Koperasi Kebangsaan 2022 daripada DYMM Yang di-Pertuan Agong semasa Istiadat Santapan Diraja pada 23 Julai 2022 sempena Sambutan 100 Tahun Gerakan Koperasi di Malaysia.Beliau juga telah menerima Anugerah Khas Tokoh Koperasi Kebangsaan sempena Istiadat Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-37 KOPUTRA (Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia) pada 29 Julai 2023.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

YBHG. DATO’ HJ. KAMARUDIN HJ. ISMAIL

Dato’ Hj. Kamarudin Hj. Ismail, DIMP adalah Naib Presiden ANGKASA (2012 – 2017) Timbalan Presiden ANGKASA (2017-2021) dan Anggota Lembaga ANGKASA (2017 - sekarang). Beliau berkelulusan Ijazah Pendidikan (TESL) dari Universiti Edinburgh, Scotland.



Antara portfolio penting yang disandang adalah sebagai Ahli Lembaga Koperasi Antarabangsa (ICA) (2017-sekarang), Ahli Lembaga Koperasi Antarabangsa (ICA) - Sektor Pertanian (2017-sekarang), Naib Pengerusi Koperasi Pengguna Seluruh Dunia (CCW)(2017–sekarang), Naib Pengerusi Jawatankuasa Pertanian ICA-AP (2018-sekarang), Ahli Jawatankuasa Eksekutif ICAO (EXCOM) (2017-sekarang), Juruaudit ICAO (2021 – sekarang) Setiausaha Agung Pertubuhan Koperasi ASEAN (ACO), Pengerusi Koperasi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Pengerusi Koperasi Pembangunan Daerah Alor Gajah Melaka Berhad (KPD) (1998 - sekarang), Anggota Lembaga Koperasi SEKIM Berhad (2016 - sekarang), Anggota Lembaga Koperasi Banyan Close Berhad (2018-sekarang), Lembaga Pengarah MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (2013-sekarang), Lembaga Pengarah MyANGKASA Bina Sdn. Bhd. (2013-sekarang) dan Lembaga Pengarah MyANGKASA Amanah Berhad (2021 – 2024).Lembaga Pengarah MyANGKASA Amanah Berhad (Oktober 2025 – sekarang).


Di ANGKASA beliau dipertanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Pembangunan Koperasi. Beliau telah dikurniakan Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Dato’ sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke 84 ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang-Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 5 Jun 2015. Antara penghargaan yang telah diterima sepanjang perkhidmatan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Anugerah Tokoh Kebangsaan Kokurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2015, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2001 dan 2011. Anugerah Kepimpinan Guru Dalam ANGKASA Sempena Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas ke 50 tahun Penubuhan Koperasi Sekolah 2018 Peringkat Kebangsaan. Anugerah Tokoh Alumni sempena Program Sambutan Hari Guru 2018 (Peringkat UPS). Manakala Anugerah Antarabangsa “Honorary Gold Medal .coop” – Central Cooperative Union. Sofia, Bulgaria – (International Cooperative Alliance (ICA) pada 2023.

AHLI LEMBAGA PENGARAH& KETUA PEGAWAI PERNIAGAAN (CBO)

TUAN HJ MOHD ZULKIFLI BIN ISMAIL

Haji Mohd Zulkifli bin Ismail telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah merangkap Ketua Pegawai Perniagaan (Chief Business Officer, CBO) MyANGKASA Amanah Berhad berkuat kuasa pada 14 Ogos 2023. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.




Beliau juga telah menghadiri pelbagai kursus dalaman dan luaran berkaitan pengurusan dan kepimpinan.Beliau memulakan kerjaya bersama Malayan Banking Berhad (Maybank) pada tahun 1981 dan telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kanan sehingga tahun 2011, dengan pengalaman luas dalam pembiayaan projek pembangunan serta pengurusan keseluruhan dalam bidang Jualan, Pemasaran dan Operasi di beberapa Cawangan Domestik, termasuk pengurusan Jualan, Pemasaran dan Operasi Cawangan London.


Selepas bersara daripada perbankan pada tahun 2011 sehingga Julai 2023, beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden di As-Salihin Trustee Berhad, di mana beliau bertanggungjawab terhadap aktiviti jualan dan pemasaran syarikat, pembukaan cawangan baharu, serta pelaksanaan latihan, seminar dan ceramah berkaitan Perancangan Harta Pusaka bagi umat Islam. Beliau juga bertanggungjawab mengurus operasi wilayah utara serta menyelia aktiviti perniagaan.


Kini, beliau bertanggungjawab terhadap pembangunan produk, pengurusan keseluruhan pertumbuhan perniagaan dan kelestarian perniagaan sedia ada di MyANGKASA Amanah Berhad.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

YBHG. DATO’ SYED ALI BIN SYED ABDULLAH

Dato’ Syed Ali bin Syed Mohammad, penerima anugerah kebesaran DIMP (Darjah Kebesaran Mahkota Pahang), AMN (Ahli Mangku Negara), PPN (Pingat Pangkuan Negara) dan PJK (Pingat Jasa Kebaktian), dilahirkan pada 30 Ogos 1942 di Kampung Sega, Raub, Pahang.



Beliau berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari SMK Mahmud, Raub, Pahang dan kini mewakili Koperasi Pekebun Kecil Daerah Raub Pahang (Anggota ANGKASA No. PC0096) sebagai Pengerusi. Pengalaman profesional beliau merangkumi perkhidmatan sebagai Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang dari tahun 1964 hingga 1992 serta sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Raub, Pahang dari tahun 1992 hingga 2000. Dalam gerakan koperasi, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa ANGKASA Negeri Pahang III (Barat) dari 2004 hingga 2017 dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi ANGKASA Negeri Pahang III (Barat) mulai tahun 2018 hingga kini.


Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Koperasi MERCU Warisan Berhad (2017 hingga kini), Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Raub Pahang (2014 hingga kini) serta pernah berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Koperasi Gabungan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad (NARSCO) bagi tempoh 2020 hingga kini.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

TUAN HJ. SAZALI BIN ABD HAMID

Tuan Haji Sazali bin Abd Hamid telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) pada 12 September 2017. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa ANGKASA Negeri Johor, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia MAAB, Ahli Jawatankuasa Audit Risiko MAAB serta Ahli Lembaga Pengarah ANGKASA Livestock & Dairy Sdn. Bhd.



Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mempunyai pengalaman luas dalam sektor pendidikan, telah berkhidmat sejak tahun 1978 dalam pelbagai kapasiti termasuk sebagai pendidik, Penolong Pengarah di Lembaga Peperiksaan Malaysia, serta Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Johor dari tahun 2008 hingga 2013.


Selain itu, beliau juga aktif dalam gerakan koperasi dan memegang jawatan dalam beberapa organisasi koperasi, antaranya sebagai Pengerusi Koperasi Kakitangan Perkhidmatan Pendidikan Johor Berhad (Koperasi JESS), Setiausaha Koperasi Dewan Teraju Johor Berhad, serta Ahli Lembaga Faderasi Koperasi Hartanah dan Industri Pembinaan Malaysia Berhad.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

TUAN HJ. ABDULLAH BIN MUHAMAD

Tuan Haji Abdullah bin Muhamad telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) pada 13 Januari 2014. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundangan & Syariah MAAB.



Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran dari Universiti Malaya (UM) serta Diploma Sains Pengurusan dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).Pengalaman kerjaya beliau termasuk berkhidmat dalam sektor kerajaan sebagai Pengarah Bahagian Harta Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sekitar dari tahun 1996 hingga 2011.


Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pembahagian Harta Pusaka Kecil bagi Negeri Terengganu dan Kedah dari tahun 1978 hingga 2010.

AHLI LEMBAGA PENGARAH

YBHG. DATO’ DR. ADNAN BIN ALIAS

Dato’ Dr Adnan bin Alias, BA (Hons); MBA; DBA. Ahli Lembaga Pengarah MAAB. Adnan Alias, 74, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MAAB pada 13/1/2014. Pernah dilantik sebagai CEO Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM), Naib Canselor Universiti Industri Selangor (UNISEL), Timbalan Naib Canselor UiTM, Head Malaysian Entrepreneurship Development Centre (MEDEC), Professor Keusahawanan & Perniagaan Antarabangsa UiTM.



Beliau juga pernah menganggotai beberapa Lembaga Pengarah Syarikat/Universiti, Jawatankuasa/Lembaga Penasihat Peringkat Nasional, dan Panel Antarabangsa. Pernah aktif sebagai Perunding Nasional dan Antarabangsa dalam pembangunan keusahawanan, francais, dan pengurusan kualiti.

Dato’ Dr Adnan dianugerahkan beberapa Anugerah Akademik, Pentadbiran, Penulisan, Kegiatan Sosial, dan Gelaran.

Scroll